kabare bapak2 kiai, adjeng2...
saya cuma mau bertanya kalau ada sesiapa yg boleh nyambung mantra ini, kerna saya dapat melalui mimpi tapi enggak bisa nyambung, kelalen loh..
TAK TEK TAK LEH
AKSORO TELONG POLOH KENEK AKU KABEH
OJO MANEH AKSORO TELONG POLOH
NYAWA NE AKSORO TELONG POLOH KENEK AKU KABEH
................
.......... (LAIN2 KELALEN..)
ini salah satu contoh yg saya dapat melalui mimpi, kadang mimpi ada orang tua (x pakai jubah arab ataupun serban tapi cuma pakai baju biasa berkain pelekat dan berkopiah) datang dan ajak jalan2, kadang2 sampai di gua2 atas gunung(indonesia) katanya dia dah duduk lama disana, seronok juga jalan2 dalam mimpi ni, ziarah tempat orang dulu berperang, dari zaman majapahit sampai la zaman belanda serang indonesia, orang belanda tembak, cucuk, tetak batang pisang bukannya orang, peluru meriam jatuh jadi buah kelapa tapi x meletup. tengok orang bertapa yg dah jadi batu dalam gua pun ada (ada yang namanya kiai salleh, orang tua jari tangannya putus masa perang, ada yg x tau nama tapi katanya nanti akan sama berperang dengan tentera islam di akhir zaman- wallahu 'alam) mimpi dibawa ke dasar lautan tgk kapal2 yg dah karam, penumpang2nya org kampung yg nak pergi menunaikan ibadat haji. kadang2 mimpi ada orang tua bertongkat suruh datang rumah dia di tanjung piai, johor(sebelum ni x pernah pun tau nama tempat tu). katanya ada barang saya dia tolong simpan, orangnya tua, nampak warak, mukanya bersih, rumahnya di tepi laut dibuat dari kayu bakau, tongkatnya pun dari kayu bakau. Pernah juga mimpi (masa bertandang rumah saudara di alor star, kedah. saya pun di ajak berjalan2 dalam mimpi, pergi tempat2 yg berlakunya peperangan, org tua yg bawa ni berbadan gelap dan sasa, pakai seluar katok( paras lutut), kain pelekatnya dililit dipinggang dan bajunya cuma diletakkan atas bahu. sambil berjalan dikawasan berbukit bukau dan gua2, beliau menerangkan sapa yg terkorban disini (sekitar guar chempedak dan kota sarang semut) dan sedekah bacaan al fatihah dan al ikhlas kepada para arwah. dalam sekelip mata dah ada dipuncak gunung jerai sambil menikmati matahari terbenam dan memuji kebesaran Illahi, saya minta izin dari beliau untuk balik sebab rasanya dah lama perjalanan. Beliau cakap, "bangun lah..nanti lain kali kalau mai sini jangan lupa singgah rumah wan (atok)"
pernah sekali singgah dirumah makcik di kuala selangor, cuma berziarah biasa dan tak bermalam, bila sampai rumah malam tu bermimpi, ada orang tua tegur "wes liwat nang omah e mbah, la kok orak mampir?" pelik juga, dalam mimpi tu cuba nak tanya, rumah yg mana? mbah ni sapa? tapi tak terkeluar dari mulut. kadang2 tu dalam mimpi juga ada orang ajar suruh amalkan ayat al quran yg tertentu untuk dijadikan amalan zikir contohnya beberapa potong ayat yaasin dan lain2, tapi disebabkan was-was dan takut nak buat rujukan pada orang2 yg cerdik pandai, jadi
tak lah dijadikan amalan zikir. kadang2 ada yang mengajar buat nira kelapa, ajar bezakan mana pokok yg niranya manis dan masam, buat senjata seperti keris dan lain2. yang terbaru saya mimpi yg saya tgh tidur dan terjaga sebab dengar bunyi bising seperti orang ketawa dan bergaduh, bila saya tengok ada 2 lembaga hitam besar dan berbulu (macam gorila), matanya merah menyala dan bertaring panjang sedang bergurau senda, mcm bergaduh pun ada di ruang kosong dalam rumah (air well) saya pun marah dan tangkap salah seekor tak ingat apa yg saya baca masa tu tapi sampai terbakar hangus makhluk tu, yang seekor lagi cuba menyerang tapi bila tengok kawan dia dah mati dia cuba lari lompat atas bumbung dan saya cuba kejar tapi x dapat. memang terasa penat betul bila terjaga dari tidur. dan lepas malam tu baru saya dapat tahu kenapa mak mertua saya selalu tidur buka lampu bilik sebab sebelum ni dia cakap ada satu malam tu dia nampak ada kelibat lembaga hitam di airwell tu dan dengar org bercakap tapi x jelas sangat.
saya ni tak pernah belajar silat atau menuntut apa2 ilmu pun, tak pernah belajar pun tarian kuda kepang, tapi bila jumpa orang2 yang arif ilmu kebatinan ni, ramai la yg cakap saya ni ada belajar silat (silat cemandi la kalau x silap- silat cemandi, silat jawa dan silat harimau tu sama ke?....haha! ada satu hari tu saya tengok budak2 bersilat bila masa rehat budak2 tu ada yang 'nyentrom', ada yg jadi kuda kepang, bangau dan harimau, lepas tu budak2 yang jadi kuda kepang tu datang macam nak ajak lawan sambil menguis2 kaki, sebijik macam perangai kuda betul , saya yang kosong ni pun rasa takut juga tapi dalam hati saya cakap "aku ni kosong, kamu orang ada ilmu tapi kalau nak lawan silalah, kalau aku tak mati kamu orang yang mati sebab aku duduk dalam kalam kalimah Laillahhailaulah, yang berdiri ni alif, alif tak boleh bengkok tak boleh tumbang..ya alif...ya alif..ya alif" saya pun xtau kenapa saya boleh terfikir dan cakap macam tu dalam hati, budak2 tu perlahan2 berundur, tumbang dan x sedarkan diri, kesian guru silat tu pulih kan semangat budak2 tu siap kena lempang lagi budak2 tu sebab wak dol tu mmg tak bagi ajar budak2 silat tu nyentrom, dan wak dol pun marah saya sebab cakap saya saja uji ilmu batin saya.. pening la nak pikir, saya balik rumah. esoknya wak dol jumpa saya, tanya apa ilmu yang saya pakai sampai budak2 tu tumbang (ambrok), saya cakap lah saya xde ilmu apa2, sekolah pun sekolah orang putih bukan mengaji pondok ataupun pesantren ),pandai main kuda kepang, ada harimau ghaib, ada sahabat dari alam ghaib (7 orang muda dan satu orang tua. orang tua ni kira guru kepada 7 orang muda ni, semua dari tanah jawa, bila dia ajak berkomunikasi dengan orang yang pandai2 menerawang, guru tu akan hantar 1-1 murid dia tapi bila orang ni nak bercakap sangat dengan guru ni, dia akan datang sambil duduk bersila dan terapung, dia akan marah orang tu kenapa nak tanya sangat sedangkan dia dah hantar anak2 muridnya, kenapa nak tanya dia sedang dia tu dalam rahsia. lepas tu mesti orang tu akan marah saya, cakap , 'sahabat' saya tu sangat berahsia, sampai nak tanya datang dari mana pun x boleh. sampai sekarang saya pun tak tau apa yang saya 'ada'....jadi bapak2 semua sila beri pendapat yang ikhlas ya...wassalam.