 |
Paranormal Malaysia Online community #1 for ASIA Community. Online community #1 for ASIA Community.Selamat Datang Silakan berforum perihal dunia paranormal
|
| Topik sebelumnya :: Topik selanjutnya |
| Pengirim |
Message |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Rab Desc 05, 2007 10:08 am Judul: Amalan untuk rezeki/kaya |
|
|
“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII”
(WAHAI TUHAN YANG MAHA KAYA DAN YANG MEMBERI KEKAYAAN)
Untuk menjadi kaya, kita di wajipkan berusaha, usaha apa saja asal melalui jalan yang diredhai oleh Allah. Namun begitu, terdapat juga orang yang telah giat berusaha, namun usahanya itu sia-sia saja. Tidak menambah kebaikan dan kekayaan dalam hidupnya bahkan sebaliknya menambah kesengsaraan. Ini menunjukkan bahawa apa yang diusahakan itu kurang mengandungi berkah. Maka agar supaya usaha itu boleh berhasil, hendaklah memohon kepada Allah kerana Allah sahaja yang Maha Kaya, sehingga hanya Dia yang dapat dan berhak memberi kekayaan kepada seluruh hamba – Nya. Salah satu cara adalah dengan mengamalkan petunjuk di bawah ini:
1. Melakukan solat hajat dua raka’at setiap malam sekitar jam 1.00p.m. ke atas. Lakukan dengan penuh kekhusyu’kan.
2. Selesai solat hajat lalu membaca wirid Al-Asmaul Husna di bawah ini sebanyak 1000 kali. Insya’Allah, Tuhan segera mengabulkan hajatnya dengan berbagai jalan yang tak disangka-sangka dan mudah dilakukan.
Inilah wirid Al Asmaul Husna yang dibaca:
“YAA GHANIYYU YAA MUGHNII” x 1000.
( Wahai Tuhan Yang Maha Kaya dan Yang Maha Memberi Kekayaan )
Cuba amalkan secara rutin tiap malam, maka apa yang telah diusahakan selama ini akan menjadi lebih maju dan memberi keuntungan yang banyak. Insya’Allah…! |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Rab Desc 05, 2007 10:10 am Judul: Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan Kitab Al-Quran dan As |
|
|
Paling kurang terdapat 10 Pembuka Kunci yang perlu di lakukan secara serius oleh setiap individu Mu’min yang berdasarkan panduanAl-Qur’an dan al-hadith sebagaimana yang tersebut dalam buku ‘Pembuka Kunci-kunci Rezeki Berdasarkan kitab Al-Qur’an dan As-Sunnah’ oleh Doktor Fadhl llaahi iaitu sebagai berikut:
1. Istighfar dan Taubat
i. Hendaklah dia menahan dari melakukan maksiat (tidak lagi mengulanginya lagi).
ii. Hendaklah dia menyesal terhadap ketelanjurannya.
iii. Hendaklah dia bercita-cita untuk tidak mengulanginya lagi.
iv. Hendaklah dia melepaskan hak tuannya. Hendaklah memulangkan semula harta kepada tuannya atau meminta maaf atau meminta kemaafannya.
Tanpa salah satu ciri-ciri ini, menurut para ulama’, maka taubatnya adalah tidak sah.
2. Taqwa.
Memelihara diri dari perkara yang mencetuskan dosa; dan yang demikian di peroleh dengan meninggalkan perkara yang haram. Manakala ketaqwaan itu dapat disempurnakan dengan meninggalkan sebahagian perkara yang harus (mubaah).”
3. Berserah kepada Allah.
Berserah itu tidaklah bermaksud meninggalkan usaha (bekerja keras); dan sungguhnya seseorang Islam perlu bekerja keras, bersungguh dan berusaha mencari sumber pendapatan. Akan tetapi janganlah pula berpegang kepada kerja keras, kesungguhan dan usaha semata-mata (tanpa memohon kepada Allah); malah hendaklah beri’tiqad (mempercayai) bahawa semua perkara itu adalah kepunyaan Allah; dan sesungguhnya segala rezeki itu adalah daripada Allah, Tuhan Yang Maha Tunggal sahaja (tiada lah tuhan yang lain selain Allah).
4. Bertumpu Ibadah kepada Allah.
Maksudnya bukanlah dengan cara meninggalkan usaha kehidupan dan duduk dalam masjid sewaktu malam dan siang, tetapi apa yang di kehendaki adalah menghadirkan hati dan tubuh di kala beribadah, terasa kusyu’ dan tunduk kepada Allah Yang Maha Tunggal, merasakan Kebesaran Allah Ta’aala dan merasakan bahawa dirinya sedang bermunajat dengan Tuhan maha Agung lagi Maha Berkuasa.
5. Susul-menyusul antara Haji dan Umrah.
Maksudnya hendaklah menjadikan salah satu antara keduanya ikut-mengikutkan, iaitu apabila kamu telah berhaji, maka hendaklah diikuti dengan umrah; dan apabila kamu telah ber‘umrah, maka hendaklah kamu berhaji; kerana keduanya saling ikut-mengikutkan (jika mampu).”
6. Menghubungi Keluarga
Kata silaturrohim (menghubungi keluarga) adalah menggambarkan berlaku baik kepada keluarga atau kerabat yang mempunyai pertalian keturunan dan sebab hubungan perkahwinan; juga menggambarkan hendaknya bersifat lemah-lembut dan bersimpati kepada mereka dan mengawasi keadaan-keadaan mereka.
7. Berbelanja Di Jalan Allah
Maksud berbelanja (disini) ialah : Berbelanja yang digalakkan dalam Agama seperti berbelanja kepada orang fakir dan berbelanja di jalan Allah untuk menolong Agama (Islam).
8. Berbelanja Kepada Penuntut Ilmu Islam.
Berbelanja kepada penuntut atau orang-orang yang menumpukan masanya untuk mencari ilmu Agama Islam (Syara’)
9. Membantu Orang Yang Lemah (Miskin).
Mencari keridhaan Allah dan Rasulnya dengan membantu dan menolong orang- orang fakir (iaitu amat miskin atau orang yang memperoleh pendapatan yang serba tidak mencukupi). Allah akan menolong bagi sesiapa yang berbuat demikian bagi menentang musuh-musuhnya (di kalangan orang-orang Kaafir) dan juga merezekikannya (sehingga mereka menjadi kaya).
10. Berhijrah Dijalan Allah.
Maksud hijrah sebagaimana kata Al-Imaam ar-Raaghib Al-Ashfahaani r.a. ialah “jalan keluar dari Negara kufur (syirik) ke Negara beriman (tauhid), sebagaimana perlakuan penghijrah dari kota Mekah ke kota Madinah.’Hijrah itu wajib – sebagaimana kata as-sayyid Muhammad Rasyiid Ridha: “Dimana kewujudan berhijrah di jalan Allah Ta’aala bagi menegakkan AgamaNya sebagaimana yang diwajib dan dikasihi Allah Ta’aala, di mana orang-orang Mu’min di kehendaki menolong orang-orang yang dizalimi orang-orang Kaafir.” |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
^mbujang^ newbie

Sejak: 05 Desc 2007 Post: 10 Lokasi: Naungan Gusti Allah SWT
|
Dikirim: Rab Desc 05, 2007 12:40 pm Judul: |
|
|
Good Posting  Lam Kenal For All |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Rab Desc 05, 2007 8:27 pm Judul: |
|
|
| ^mbujang^ wrote: | Good Posting Lam Kenal For All |
terima kasih |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Rab Desc 05, 2007 8:29 pm Judul: khasiat surah al-waqiah |
|
|
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.
Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:
* Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
* Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
* Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
* Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
* Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
* Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.
Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya
* Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
* Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
* Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.
Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.
 |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Sab Desc 08, 2007 5:30 pm Judul: |
|
|
Amalan seterusnya saya rasa semua maklum iaitu perbanyakkan SEDEKAH.
saya berikan hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in
Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda : " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong sesaorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. " |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Jum Desc 21, 2007 8:57 am Judul: |
|
|
BAGI ANDA YANG BENAR-BENAR TERDESAK KEBUTUHAN EKONOMI. SEBAGAI SOLUSI BATINIAH TERAKHIR. SEMOGA ALLOH MENGIZINKAN DAN MERIDHOI. AMIN.
SERING-SERINGLAH WIRID/DZIKIR ASMA ALLOH "AL KHOBIIRU" SEBANYAK 813 KALI, DISUSUL DENGAN WIRID DOA JALJALUT SEBAGAI BERIKUT :
"KHOBIIRUN FA KHOBBIRNII MANAAMAN WA YAQDHOTAN,
BI MAA FIIHI ISHLAAHII WA QOSHDII WA MAA HAWAT,
SA ALTUKA YAA KHOLLAAQU KHOLLIQ MAQOOSHIDII,
FA ANTA ILAAHII KHOOLIQUL KHOLQI AJMA'AT" SEBANYAK 14 KALI,
ARTINYA :
"WAHAI DZAT YANG MAHA MENGETAHUI BARANG YANG SAMAR, BERITAHULAH SAYA DALAM MIMPI ATAU BANGUN, APA YANG MENJADI TENTRAM HATIKU DAN TUJUANKU DLL, SAYA MEMOHON KEPADA MU WAHAI DZAT YANG MENCIPTA, CIPTAKANLAH APA YANG MENJADI TUJUAN/KEINGINAN SAYA, ENGKAU ADALAH TUHANKU YANG MENCIPTA SEMUA MAKHLUQ".
DI SETIAP SAAT MISAL : PAGI SIANG SORE DAN ATAU MALAM, LEBIH AFDHOL DI TEMPAT YANG CUKUP TENANG ATAU SEPI SUNYI,/SENDIRI/MENYENDIRI,,
BOLEH PULA DISERTAI DENGAN PUASA, LEBIH AFDHOL SEMBARI MENGHINDARI BERBUKA DARI MAKANAN YANG MENGANDUNG NYAWA MISAL DAGING DAN TELUR,,
(INSYA ALLOH JIKA ALLOH MENGIZINKAN DAN MENGHENDAKI MAKA AKAN DITUNJUKKAN DALAM MIMPI ATAU BANGUN APA YANG ADA DI DALAM BUMI YANG TIDAK DIKENAL ORANG DAN BERBAGAI HARTA KARUN).
AMALAN LAIN UNTUK MEMOHON RIZQI YANG TIDAK TERDUGA DATANGNYA :
- "ALAA LAHUL KHOLQU WAL AMRU, TABAAROKALLOHU ROBBUL 'AALAMIIN" SEBANYAK 1111 KALI DI MALAM HARI
-DILANJUTKAN DENGAN WIRID "HASBUNALLOOH WA NI'MAL WAKIIL" SEBANYAK-BANYAKNYA MISAL 450 KALI.
-KEMUDIAN BERISTIGHOTSAH KEPADA ALLOH:
HASBUNALLOH WA NI'MAL WAKIIL,
IYYAAKA NA'BUDU WA IYYAAKA NASTA'IIN,
IBAADALLOH AGHIITSUUNII WANGSHURULILLAAH,
YAA HAYYU YAA QOYYUUM BI ROHMATIKA ASTAGHIITSU,
ROBBISHROH LII SHODRII WA YASSIRLII AMRII,
ALLOOHUMMA YAA GHONIYYU YAA HAMIID, YAA MUBDI-U YAA MU'IID, YAA ROHIIMU YAA WADUUD, YAA FA'AALU LIMAA YURIID, AGHNINII BI HALAALIKA 'AN HAROOMIKA, WA AGHNINII BI FADHLIKA, 'AMMAN SIWAAKA,, 7 KALI, HABIS SHOLAT APA SAJA,,
PERBANYAK SHOLAT SUNNAH TAHAJJUD, HAJAT, DUHA,,
ISTIGHFAR, SHOLAWAT, TASBIH, TAHMID DAN HAUQOLAH,
AL FATEHAH, AL IKHLAS, ALAM NASYROH, AL QODAR, AL WAQI'AH, YASIN, AYAT KURSI, LAQODJA (AT TAUBAH 2 AYAT TERAKHIR),
BERINFAK DAN BERSHODAQOH SEMAMPUNYA,,
SEMUA INI DINIATKAN SEBAGAI WASILAH UNTUK PERMOHONAN KITA YAITU MEMOHON RIZQI YANG LUAS HALAL BERKAH BANYAK BAIK DARI JALAN YANG KITA DUGA MAUPUN TIDAK TERDUGA,,
 |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
Admin Webmaster

Sejak: 03 Desc 2007 Post: 122 Lokasi: Bijak Bestari
|
Dikirim: Jum Desc 21, 2007 9:02 am Judul: |
|
|
Bismillahirrohmanirrohim
Wa may yat-taqil laaha yaj'al lahuu makhrojaa. Wa yarzuqhu min haitsu laa yahtasib, wa may yatawak-kal 'alal laahi fa huwa hasbuh, in-nal laaha baalighu amrih, qod ja'alal laahu likul-li syai-in qodroo. (baca semampunya)
Artinya :
" Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, tentu diadakan-Nya jalan keluar baginya, dan memberinya rezeki dari "pintu" yang tak diduga-duga olehnya. Barang siapa yang bertawakal kepada Allah, maka Tuhan Allah akan mencukupkan kebutuhannya. Bahkan sesungguhnya Allah pelaksana semua peraturan-Nya. Dan Allah juga telah menjadikan segala-galanya serba beraturan. " ( Ath Tholaq ayat 2-3 ) |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
hamka newbie
Sejak: 05 Desc 2007 Post: 8 Lokasi: Nusajaya, Johor
|
Dikirim: Jum Jan 25, 2008 3:39 am Judul: |
|
|
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Untuk dikongsi bersama. Terima kasih
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
|
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
almanuri newbie
Sejak: 16 Sep 2008 Post: 2
|
Dikirim: Sel Sep 16, 2008 7:14 am Judul: |
|
|
Tuan Admin,
Ayat arab tu boleh tak saya dapatkan dalam hurub arabnya sekali.Tq.
| Admin wrote: | BAGI ANDA YANG BENAR-BENAR TERDESAK KEBUTUHAN EKONOMI. SEBAGAI SOLUSI BATINIAH TERAKHIR. SEMOGA ALLOH MENGIZINKAN DAN MERIDHOI. AMIN.
SERING-SERINGLAH WIRID/DZIKIR ASMA ALLOH "AL KHOBIIRU" SEBANYAK 813 KALI, DISUSUL DENGAN WIRID DOA JALJALUT SEBAGAI BERIKUT :
"KHOBIIRUN FA KHOBBIRNII MANAAMAN WA YAQDHOTAN,
BI MAA FIIHI ISHLAAHII WA QOSHDII WA MAA HAWAT,
SA ALTUKA YAA KHOLLAAQU KHOLLIQ MAQOOSHIDII,
FA ANTA ILAAHII KHOOLIQUL KHOLQI AJMA'AT" SEBANYAK 14 KALI,
ARTINYA :
"WAHAI DZAT YANG MAHA MENGETAHUI BARANG YANG SAMAR, BERITAHULAH SAYA DALAM MIMPI ATAU BANGUN, APA YANG MENJADI TENTRAM HATIKU DAN TUJUANKU DLL, SAYA MEMOHON KEPADA MU WAHAI DZAT YANG MENCIPTA, CIPTAKANLAH APA YANG MENJADI TUJUAN/KEINGINAN SAYA, ENGKAU ADALAH TUHANKU YANG MENCIPTA SEMUA MAKHLUQ"..........
 |
_________________
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
|
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
liyanricaoqiyue1314 PMC-member

Sejak: 27 Sep 2008 Post: 306
|
Dikirim: Rab Mar 11, 2009 6:27 am Judul: 3.11 |
|
|
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
_________________ i like wow,runescape.lol |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
liyanricaoqiyue1314 PMC-member

Sejak: 27 Sep 2008 Post: 306
|
Dikirim: Min Mar 15, 2009 6:49 am Judul: 9.17 |
|
|
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
Only registered users can see links on this forum! Register or Login on forum! |
_________________ i like wow,runescape.lol |
|
| Kembali Ke Atas |
|
 |
|
|
Anda tidak dapat mengirim topik Anda tidak dapat menjawab topik Anda tidak dapat mengubah pesan Anda Anda tidak dapat menghapus pesan Anda Anda tidak dapat mengikuti polling
|
Powered by phpBB © 2001, 2005 phpBB Group
|